Terma Penggunaan
TadikaPro ("TadikaPro", "Perkhidmatan", "kami", "kita" atau "milik kami") ialah satu sistem pengurusan yang dibangunkan untuk memudahkan urusan pentadbiran tadika dan taska. Ia menggabungkan modul pentadbiran, pengurusan, dan kewangan bagi meningkatkan pengurusan tadika dan taska serta komunikasi dengan ibu bapa.
Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini serta Polisi Privasi kami. Jika anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya menggunakan Perkhidmatan ini.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan ini disediakan oleh HPCS Sdn. Bhd., beralamat di 24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Penggunaan Perkhidmatan
Perkhidmatan ini hanya ditujukan kepada organisasi dan individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda mengesahkan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan ini.
Kami memberikan anda lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh ditamatkan untuk menggunakan Perkhidmatan bagi tujuan yang dibenarkan sahaja. Sebarang penggunaan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, termasuk menyalin, mengubah, mengedar, menjual, atau menyewa mana-mana bahagian Perkhidmatan, adalah dilarang.
Akaun dan Pengguna
Terdapat dua jenis akaun dalam sistem ini:
Pemilik
Akses akan diberikan melalui nama pengguna dan kata laluan khusus, Pemilik akan ditambah terlebih dahulu oleh pihak TadikaPro sebelum dapat menggunakan sistem.
Pengurus/ Cikgu/ Kakitangan
Akses diberikan melalui nama pengguna dan kata laluan khusus. Staf perlu ditambah terlebih dahulu oleh Pemilik sebelum dapat menggunakan sistem.
Ibu Bapa
Akses diberikan melalui no. kad Pengenalan dan kata laluan khusus. Ibu bapa perlu daftar terlebih dahulu oleh pihak tadika atau taska sebelum dapat menggunakan sistem.
Harta Intelek
Semua ciri dan fungsi sistem adalah milik kami. Sebarang penggunaan bahan yang dilindungi hak cipta tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang, kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
Hak Milik Data
Semua data yang dimuat naik oleh pengguna kekal milik pengguna. Kami tidak akan menjual atau mengeksploitasi data anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran. Kami hanya menggunakan data tersebut untuk tujuan penyampaian perkhidmatan mengikut terma ini dan Polisi Privasi kami.
Keselamatan Akaun
Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan akaun masing-masing, termasuk kerahsiaan kata laluan. Segala akses atau tindakan yang berlaku melalui akaun anda adalah tanggungjawab anda. Sekiranya berlaku pencerobohan, anda perlu maklumkan kepada kami dengan segera.
Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda tanpa notis jika terdapat pelanggaran terhadap terma ini atau jika akaun disalah guna.
Pembayaran Langganan
Akses kepada sistem adalah berdasarkan pelan langganan. Bayaran perlu dibuat lebih awal bagi setiap tempoh langganan. Sekiranya bayaran tidak diterima, kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akses tanpa notis. Data yang tersimpan akan dipadam secara kekal selepas 30 hari dari tarikh penamatan.
Kami berhak untuk mengubah kadar langganan dengan pemberitahuan awal dan kadar baharu hanya akan berkuat kuasa pada kitaran langganan seterusnya.
Kebolehpercayaan Perkhidmatan
Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perkhidmatan tersedia sepanjang masa, kecuali waktu penyelenggaraan atau situasi luar jangka. Namun, kami tidak menjamin akses tanpa gangguan atau bebas daripada ralat.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat gangguan perkhidmatan.
Penafian Jaminan
Perkhidmatan ini disediakan “seadanya” tanpa sebarang jaminan tersurat atau tersirat. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlindungan keselamatan data mereka termasuk keperluan antivirus dan salinan sandaran.
Had Tanggungjawab
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung yang berpunca daripada penggunaan atau ketidakmampuan menggunakan sistem ini, termasuk kehilangan data, keuntungan, atau reputasi.
Tanggung Rugi
Anda bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi kami daripada sebarang tuntutan, kerugian, atau kos yang timbul akibat pelanggaran terhadap Terma Penggunaan ini atau penyalahgunaan sistem.
Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma Penggunaan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.
Pindaan dan Penamatan
Kami boleh mengubah Terma ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan diumumkan melalui platform ini. Penggunaan berterusan selepas perubahan menunjukkan persetujuan anda terhadap terma yang dikemas kini.
Kami juga berhak untuk menamatkan akses anda pada bila-bila masa jika berlaku pelanggaran. Penamatan secara bersama boleh dibuat dengan notis bertulis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa.
Tarikh Akhir Kemaskini: 30 Jun 2025