
Alhamdulillah, sesi latihan sistem TadikaPro telah berjaya dijalankan bersama pasukan Bright Minds Kindergarten di HQ kami semalam. Kehadiran En. Azrul selaku pengusaha tadika, bersama Cik Sahra yang menguruskan cawangan Bangi Avenue dan Cik Yana dari cawangan Bandar Seri Putra memeriahkan suasana latihan yang berlangsung dengan lancar.
Sepanjang sesi, kami memberikan penerangan dan latihan berkaitan fungsi utama dalam sistem TadikaPro. Mereka diberi pendedahan bagaimana untuk menguruskan pendaftaran pelajar, menjana invois yuran, merekod pembayaran serta menjalankan tugasan pentadbiran harian melalui platform digital yang kami sediakan.
Apa yang lebih bermakna, selepas latihan berakhir, En. Azrul dan pasukannya turut berkongsi pandangan serta cadangan penambahbaikan yang sangat bernilai. Kami amat menghargai maklum balas ini dan akan mengambil langkah untuk meneliti serta menambah baik sistem agar lebih mudah digunakan dan memenuhi keperluan sebenar pengguna.
Kami ucapkan terima kasih kepada team Bright Minds kerana sudi hadir sendiri ke HQ untuk menjalani sesi latihan ini. Semoga TadikaPro terus menjadi pilihan terbaik dalam membantu pengurusan tadika dan taska ke arah yang lebih sistematik dan efisien.